Kisah Pemuda Alim
Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya
Di zaman Rasullullah
s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat.
Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh
orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam
nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka
Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya
pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah,
sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-haiIIaIIah, tetapi Iidah
alqomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika para sahabat
mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a
supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di
rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah
Alqomah.
LaIu Rasullullah
bertanya kepada Bilal;
"Wahai Bilal apakah ayah
Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal,
tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".
Kemudian Rasullullah
s.a.w berkata kepada Bilal;
"Pergilah kamu kepada
ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan,
suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan
ke rumahnya".
Maka apabila Bilal
sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata
kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".
LaIu ibu Alqomah
mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di
rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan
Rasullullah.
Maka bertanya Nabi
s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang
Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".
Berkata Nabi lagi;
"Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat,
sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga
tidak diketahui banyaknya".
Bertanya Rasullullah;
"Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya",
IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih
mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia
menentangku".
Maka berkata
Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap
La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api
utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah
lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan
mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".
Kemudian berkata
Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan
kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka
hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak
akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".
Maka berkata ibu Alqomah
sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada
Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini
bahawa aku redha pada anakku Alqomah".
Maka Rasullullah
mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai
Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak".
Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah
mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka
apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah
menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua
orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah
menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana
redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah
Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.
Maka Rasullullah s.a.w.
pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan
lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata
Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar,
barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah
dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan
sunatnya.
|