Make your own free website on Tripod.com

Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 3

 

Kisah mengenai seorang Cina

 

Kisah ini adalah mengenai seorang yang berbangsa Cina. Beliau adalah seorang yang sangat pandai meneka sesuatu yang berada di dalam genggaman tangan orang lain. Seumur hidupnya, beliau tidak pernah tersasar dalam tekaannya.

 

Maka, terdengar oleh seorang alim tentang kehebatan orang Cina tersebut. Beliau pun pergi menemui orang Cina tersebut. Maka, sebaik sahaja beliau berjumpa dengan orang Cina tersebut, beliau bertanya, "Apakah rahsianya sehingga kesemua tekaan kamu benar?". Orang Cina itu menjawab, "Aku melawan nafsuku.". Setelah orang alim itu mengetahui mengenai rahsia kehebatan orang Cina tersebut, beliau segera mengajak orang tersebut memeluk Islam. Orang Cina itu tidak mahu memeluk Islam dan tetap dengan agamanya. Dan dengan secepat kilat orang alim tersebut menangkap sesuatu dan menyembunyikan di dalam tangannya dan beliau berkata, "Apakah kamu mengetahui benda yang tersimpan dalam genggaman tanganku?". Orang Cina tersebut terkejut kerana beliau tidak dapat menjawab soalan tersebut. Maka orang alim itu memberitahu bahawa, "Kamu telah menurut nafsumu. Maka, kamu tidak dapat menjawab soalanku.".

 

Setelah orang Cina itu mendengar sedikit sebanyak penerangan yang diberikan oleh orang alim tersebut, maka beliau pun memeluk agama Islam.