MARUAH
UMAT ISLAM DI MALAYSIA TERCABAR
Belum pun selesai isu rumah sembelih di Pusat Perindustrian
Serdang yang menyimpan dan mencampuradukkan daging babi dan ayam, itik di
dalam plastik berlabel halal JAKIM, tiba-tiba hari ini
BERITA HARIAN melaporkan terdapat
pengusaha Kuih Bulan atau Mooncake pula yang menggunakan minyak babi
walaupun mengeluarkan produk kuih bulan halal.
KUIH
BULAN: HALAL TAPI HARAM???
Dalam pada itu JAKIM sibuk mempertahankan prosedur
mengeluarkan tanda HALAL JAKIM, tanpa menghiraukan tanda halal yang
sewenang-wenangnya dipapar dan dikeluarkan oleh pengusaha bukan Islam
semata-mata mahu menarik perhatian pembeli Islam. Siapakah yang
bertanggungjawab mengawal samada tanda halal tak kiralah dikeluarkan oleh
siapa sekalipun itu benar-benar halal ataupun tidak? Jika JAKIM cuma
berkuasa mengawal tanda HALAL JAKIM bermakna tanda halal lain yang boleh
dilihat bersepah disekitar KL termasuk pada restoran-restoran dan
produk-produk makanan malangnya tiadalah pengawal. Ikut berani masing-masing
kalau yakin makan kalau tidak tak payah begitukah agaknya?
Umat Islam buta-buta ditipu oleh pengusaha bukan Islam yang memandang remeh
isu ini lantaran tiada pihak yang benar-benar bertanggungjawab melakukuan
penguatkuasaan. Kalau papar logo HALAL JAKIM sekadar didenda itu sahaja.
Yang dah termakan makanan tersebut termasuklah yang dikeluarkan dari Serdang
tadi apa nak jadi?
Lesu dan bacul sungguh umat Islam dalam isu yang melibatkan isu maruah yang
sungguh besar dan memudaratkan pula jiwa dan darah-daging kita ini! Kalau
sekadar didenda sahaja, memang bangsat sungguh maruah umat Islam di negara
ini. Pengusaha bukan Islam itu pasti ketawa besar, bayar saman dan teruskan
kerjanya. Kenapa begini jadinya nasib kita dalam mempertahankan maruah dan
hak kita sebagai umat Islam dalam negara yang kononnya diisytiharkan sebagai
negara Islam ini?
Saya ucap tahniah kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di bawah Dr
Maamor Osman yang bertindak pantas dan berani mendedahkan isu ini ke
pengetahuan masyarakat. Pihak lain perlu turut bersama mengecam dan mendesak
agar tindakan yang lebih tegas dan sepadan diambil khusus dalam
mempertahankan maruah kita. Kalau perkara sebesar ini pun kita duduk
berpeluk tubuh membisu, jangan marahlah nanti apabila kepala kita dilangkah
dan dipijak-pijak serta peraturan agama kita menjadi bahan persendaan,
jangan menyanyi lagu bertoleransi apabila orang kencing di atas kepala kita!
(diambil dari forwarded email)
azri-afifi.cjb.net |