:: Menu ::

Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


:: Capaian ::

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

:: Fakta-fakta Menarik ::

Kembali Ke Artikel

 Hati Tempat Jatuh Pandangan Tuhan


Pelihara & hidupkan hati……jgn sampai ia mati.

>
>Di zaman Nabi Musa a.s. ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri.
>Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa a.s. sedang
>berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa a.s.
>Katanya' " Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada
>juga berkatnya untuk aku."
>
>Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya
>itu. Dia berkata, "Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini
>berjalan bersama seorang nabi." Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang
>abid berlari-lari anak mengejar Nabi Musa a.s. dari belakang.
>Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali
>orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, "Baik aku berjalan bersama
>di abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku."
>
>Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan
>bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus
>merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, "Celaka aku! Kalau si pencuri
>ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan
>amalanku."
>
>Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri
>tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya
>kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa a.s.
>
>Nabi Musa a.s. terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, " Aku
>baru sahaja mendapat wahyu dari Allah Taala supaya memberitahu kamu berdua
>bahawa segala amalan kamu telah dimansuhkan oleh Allah." Maka terkejutlah
>si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya
>mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah
>si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak
>dan tidak diterima oleh Allah.
>
>Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan
>perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika
>itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri
>kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa
>bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia
>menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung
>derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan
>dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.
>
>Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin
>ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa
>dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya
>bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa
>lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa
>tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan
>berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.
>
>Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat
>akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai
>hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari
>itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui
>siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa
>bahawa Allah itu Tuhannya
>>



>
(diambil dari forwarded email)

azri-afifi.cjb.net