Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 11

 

Keluhuran Budi Abdullah Dalam Menghormati Orang Alim

 

            Abdullah bin Abbas adalah anak Saiyidina Abbas bin Abdul Mutallib pakcik Rasulullah s.a.w, dengan demikian Abdullah bin Abbas atau yang lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Abbas adalah saudara sepupu Rasulullah s.a.w. lbnu Abbas tergolong dalam sahabat yang aiim , ahli tafsir dan hadis. Banyak sahabat besar bertanya kepadanya apabila mereka mendapat sebarang kemusykilan dalam bidang pemahaman AI-Quran atau AI-Hadis.

 

Sewaktu Nabi s.a.w. wafat, lbnu Abbas baru berumur 13 tahun. Dalam usia semuda itu beliau telah menghafaz sebanyak 1,660 hadis Rasulullah yang diterimanya terus daripada Baginda. lbnu Abbas sangat rajin belajar serta otaknya sangat cerdik. Semasa Nabi masih hidup Ibnu Abbas sentiasa bersama Baginda. Oleh kerana itu tidak hairanlah apabila banyak ilmu yang diperolehinya tercurah daripada sumber asalnya. Apabila Rasulullah sudah tiada, Ibnu Abbas terus memperbanyakkan ilmunya dengan bertemu para sahabat-sahabat yang dekat dengan Baginda Rasulullah. lbnu Abbas pernah menceritakan pengalamannya ketika ingin memastikan kesahihan sebuah hadis yang baru diterimanya.

 

            Ia berkata: "Apabila seseorang menyampaikan kepadaku sebuah hadis yang diterimanya dan seorang sahabat Rasulullah, maka aku pergi ke rumah sahabat tersebut dan ketika itu dia sedang tidur siang. Lalu aku bentangkan serbanku dekat tangga rumahnya dan aku duduk di situ menunggu dia bangun. Di kala itu angin bertiup dan menyebabkan tubuhku dipenuhi dengan debu tanah. Sekiranya aku minta kebenaran untuk masuk, tentu dia akan membenarkan, tapi aku sengaja aku melakukan demikian kerana tidak mahu menggangu tidurnya. Apabila dia keluar dan melihat aku berkeadaan demikian, dia berkata, "Wahai anak pakcik Rasulullah, mengapa anda sendiri datang ke sini? Mengapa tidak anda suruh saja seseorang memanggilku, tentu aku akan datang dan memenuhi panggilanmu."

 

            Aku menjawab; "Akulah yang mesti datang bertemu dengan anda. Ilmu mesti dicari dan bukan ilmu yang mesti mencari. Sesudah itu aku terus bertanya tentang hadis yang dimaksud."

            Semua sahabat tahu Ibnu Abbas termasuk orang yang banyak mewarisi ilmu Nabi dan kedudukannya di sisi Nabi sebagai kerabat dan kesayangan Baginda. Namun Ibnu Abbas tetap memuliakan dan menghormati darjat Ulama'.

            Pada suatu hari Zaid bin Thabit, penulis wahyu dan ketua pengadilan Madinah dalam bidang Fekah, Qiraah dan Faraidh menghadapi masalah dengan haiwan kenderaannya yang membuat hal, lalu lbnu Abbas berdiri di hadapannya seperti seorang hamba terhadap majikannya. Ditahannya kenderaan Zaid dan dipegang tali kekangnya.

            Zaid berkata: "Biarkan saja wahai anak pakcik Rasulullah."

            Jawab Ibnu Abbas: "Beginilah cara kami diperintahkan oleh Rasulullah terhadap para ulama' kami."

            Zaid bin Thabit berkata: "Cuba perlihatkan tangan anda kepada kami."

            Ibnu Abbas menghulurkan tangannya kepada Zaid, dan kemudian tangan itu dipegang dan dicium oleh Zaid dan berkata: "Beginilah cara kami diperintahkan oleh Rasulullah untuk menghormati kaum kerabat Nabi kami."

            Begitulah perihal dua ulama besar apabila bertemu. Mereka saling merendah diri dan menyanjung tinggi antara satu sama lain.