Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Tazkirah 1

 

Menjaga Sembahyang (Solat)

 

         Menjaga sembahyang bermaksud menjaga waktu sembahyang, dalam hal fl setiap sembahyang fardhu hendaklah didirikan bila telah masuk waktu sembahyang.

Firman Allah s.w.t:

         Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman.

(Al- Quran, Surah An-Nisa ayat 103)

 

       Termasuk juga dalam pengertian menjaga sembahyang adalah melaksanakan ibadat sembahyang itu dengan kaifiat seperli yang diajarkan oleh Rasullullah s.a.w., kerana Rasullullah sendiri pernah menegaskan:

            Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat saya sembahyang.

(Hadis riwayat Bukhad dan Musllm)

 

Dalam sebuah hadis ada menceritakan Abdullah lbnu Mas'ud r.a bertanya kepada Rasullullah s.a.w amalan manakah yang paling dicinta oleh Allah s.w.t dan Rasul menjawab sembahyang di awal waktunya.

Lebih dan itu menjaga sembahyang juga mengandungi makna mendirikan sembahyang bukan sahaja menyempurnakan gerak badannya, tetapi dilengkapi dengan gerak hati dengan penyerahan hati batin.

Jaminan kejayaan dunia dan akhi rat, zahir dan batin adalah dimula dengan sembahyang dan dikunci dengan sembahyang seperti yang tercatit dalam tirman Allah s.w.t. (al-Quran), surah al-Mukminin. Jelaslah, betapa pentingnya fungs sembahyang dalam Islam.

Apabila sembahyang dan amalan-amalan lainnya telah melekat dalam din seseorang dan sebagai amalan rutin seorang mukmin, maka Allah s.w. telah menjamin mereka menjadi ahli waris syurga Firdaus iaitu syurga yang tertinggi.

Kadar Balasan Mengikut kadar Amalan

Rasullullah s.a.w telah bersabda:

Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.

Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki dan kalangan Bani Israel yang telah beribadat selama 70 tahun lamanya, maka Allah s.w.t mengutuskan kepadanya seorang malaikat yang memberitahu bahawa: Walaupun ia telah

beribadat 70 tahun lamanya namun a masih belum layak untuk masuk ke dalam syurga.

Apabila malaikat in selesa memberitahu hal mi kepada lelaki itu lalu a berkata: ltu bukan urusan saya. Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Maka itulah kerja yang mesti saya lakukan.

Apabila malaikat itu kembali kepada Allah lalu ia berkata: Wahai Tuhanku sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang telah diperkatakannya. Lalu Allah taala berfirman: "Apabila hambaKu itu tidak berpaling danpada beribadat kepadaku, maka Aku membalasnya dengan kemurahanKu, Aku juga tidak akan berpaling daripadanya. Waha para malaikatKu bersaksilah kamu semua bahawa Aku telah mengampuni akan segala dosanya.

Hasan al-Basri ra berkata 'mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa'. Dan beliau berkata lagi 'tanda faham hakikat ilmu itu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, bukan meninggalkan amalan.

Dan berkata Saidina Al k.w.

Siapa yang akan menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah taala.

Dan bersabda Rasullullah s.a.w:

Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirThya dan beramal untuk kehidupan sudah matinya. Dan orang yang bodoh ialah orang yang selalu memperturutkan kehendak nafsunya dan hanya banyak berangan­angan untuk mendapat kemurahan Allah taala.