:: Menu ::

Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


:: Capaian ::

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

:: Fakta-fakta Menarik ::

Kembali Ke Artikel

 

Subject: jawatan kosong!


Assalammualaikum.....
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput
anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap
lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN
JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA: Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini. LOKASI TEMUDUGA: Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN: Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa
pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak
perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk
menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
sekejap lagi). >Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan
bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
begini:Sabda Rasullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam
kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut)
orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan
tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya
ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,
puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara
kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata
kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat
berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di
datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di
bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu.. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah
mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu
dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu
kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad
saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat
berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga
kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di
akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka
dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan
kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan,
kiri dan hujung kaki).!
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
>Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....

>
(diambil dari forwarded email)

azri-afifi.cjb.net