Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Tazkirah 2

 

Wajib Khusyu' Dan Hadirkan Hati Dalam Sembahyang

 

Memelihara sembahyang dan mendirikannya adalah dengan menimbulkan hat yang khusyu' dalam din dengan sebaik-baiknya, meneliti bacaan-bacaan serta memahami maknanya, merasakan rendah din ketika ruku' dan sujud, meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia dan meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya.

 

Berkata Hasan AI-Basri rahimahullah: Setiap sembahyang yang tidak disertai hati yang hadir, maka ia Iebih cepat mendapat penyiksaan.

 

Dalam sebuah Hadis, Nab bersabda:

"Tiada sesuatu yang diperolehi seseorang hamba dan sembahyangnya, melainkan apa yang dibuatnya den gan akal yang penuh kesedaran. Dan sesungguhnya seseorang yang menunaikan sembahyang itu, adakalanya

bersembahyang, tiadalah dicatit baginya seperenam dan sembahyang itu, ataupun sepersepuluh darinya."

 

Hadis ini bermaksud dicatitkan baginya dan sembahyang itu sekadar ia hadir bersama-sama Allah Taala dan hatinya khusyu' terhadapNya; adakalanya banyak dan adakalanya sedikit menurut kadar kelalaian dan kesedarannya. Orang yang hatinya hadir dan segala anggotanya khusyu', dicatit baginya seluruh sembahyang itu. Orang yang lalai dan berangan-angan tiada dicatit sesuatu pun dan sembahyang itu.

 

sembahyang yang sempurna juga adalah sembahyang yang berserta toma'ninah. sembahyang tanpa tuma'ninah adalah batal. Orang yang tidak menyempurnakan ruku' dan sujud beserta khusyu' di dalam sembahyangnya ialah orang yang mencuri dalam sembahyang sebagaimana disebut dalam suatu riwayat.

 

Pada riwayat yang lain pula tersebut:

"Barangsiapa yang memelThara sembahyang dan menyempurnakannya pula, sembahyang itu akan terangkat (ke atas Ian git) dalam keadaan putih dan cemerlang. Ujar sembahyang itu:Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku. Tetapi orang yang tidak menyempurnakan sembahyangnya, nescaya sembahyang itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam. ujarsembahyang itu:Semoga Allan mensia-siakan engkau, sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Lalu sembahyang itu dilipat­lipat, sebagaimana dilipatkan baju yang koyak, dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya."

 

Dalam suatu riwayat, tersebut bahawa Allah s.w.t. telah membahagi­bahagikan geraklaku sembahyang itu kepada empat pulub ribu bans terdiri daripada Malaikat. Di mana sepuluh ribu bans semuanya berdiri tidak ruku'­ruku', sepuluh ribu yang lain ruku' tidak sujud-sujud, sepu~uh ribu sujud terus tidak mengangkat kepala dan sepuluh ribu lag duduk tidak bergerak-gerak. Semua taedah mi dikumpulkan kepada seorang hambaNya yang mukmin, apabila dia bersembahyang dua rakaat. Bukankah itu sebaga satu rahmat dan kelebihan dan Allah s.w.t untuk para hambaNya yang mukmin.