Kisah adik-beradik
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah
keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan
keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak
sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak
mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.
Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh
secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi
abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi
adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka
membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang
mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka
telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan
khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh
sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain.
Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si
abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul
kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah
lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si
adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak
berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh
sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di
tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang
mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang
sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan
pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan,
ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan
itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka
sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang
lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik
kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik
perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan
bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas
hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik
berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan
akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan
pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan
hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya
tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik
perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan
harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin
terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh.
Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat
selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah
sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu,
diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan"
setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka
mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan
terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan...
adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan
banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah
>
(diambil dari
forwarded email)
azri-afifi.cjb.net |