Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 8

 

Kisah Kerelaan Hati Ibu Imam Syafii Terhadap Anaknya

 

Di Makkah, Imam Syafii sudah menjadi seorang aIim besar walaupun usianya baru mencecah 20 tahun. Namun begitu Imam Syafii belum merasa puas dengan ilmu yang dimilikinya dan masih ingin belajar ke tempat lain terutamanya Madinah. Beliau sangat ingin berguru langsung dengan Imam Malik penyusun kitab Muatta' yang telah dihafaznya telebih dahulu.

 

Wali kota Makkah ketika itu sangat gembira dan menyokong hasrat Imam Syafii dan berkenan memberi surat sokongan untuk dibawa ke Madinah. Dalam surat itu wali Makkah mengatakan bahawa pemuda ini sudah terkenal sebagai orang aIim di Makkah dan sangat ingin menyambung pengajianya dengan Imam Malik. Sudilah kiranya Wali Madinah mengambil berat terhadapnya.

 

Imam Syafil sangat gembira menerima surat sokongan itu dan ingin segera berangkat ke Madinah. Beliau bergegas balik ke rumahnya untuk memberi tahu dan meminta izin daripada ibunya. Imam Syafii tidak dapat menahan perasaan gembiranya dan tanpa sengaja, ketika hendak masuk ke rumahnya , beliau mengetuk pintu rumahnya dengan cara agak kasar sekaligus membuatkan ibunya kurang senang dengan perlakuannya.

"Siapa di luar?" tanya ibunya.

"Saya Muhammad (Syafii)." Jawab Imam Syafli

lbu Imam Syafii itu menganggap anaknya masih rendah pengetahuan adab sopannya dan dengan marah dia berkata:

"Pergi! Jangan kamu balik, sebelum kamu belajar ilmu adab sopan santun. Jangan balik sebelum ilmumu sempurna,"

Mendengar arahan ibunya itu, Imam Syafii sedar akan kesilapannya. Beliau berfikir sekejap, kemudian mengambil keputusan untuk pergi ke Madinah dan tidak akan balik sebelum ilmunya sempurna, sesuai dengan arahan ibunya.

 

Di Madinah beliau diterima dengan baik oleh Imam Malik. Setelah belajar beberapa tahun di Madinah, Imam Syafii Ingin pergi ke Iraq untuk belajar dengan ulamak-ulamak besar di sana. Namun dia masih rindu kepada ibunya kerana sebelum berangkat ke Madinah dia tidak sempat melihat wajah ibunya. Lalu Imam Syafii meminta pandangan gurunya Imam Malik,

"Tuan guru", kata Imam Syafli kepada Imam Malik, "sewaktu saya keluar dan Makkah untuk mencari ilmu saya tidak sempat meminta izin daripada ibu saya. Maka sekarang adakah perlu saya meminta izin ataukah boleh saya meneruskan perjalanan?" Maka dijawab oleh Imam Malik" Wahai anakanda! llmu pengetahuan itu berfaedah, pergi kepadanya (ibunya) untuk memberi faedah. Anakanda perlu mengetahui bahawa para malaikat membentangkan sayapnya kepada pelajar kerana redha dengan apa yang dicarinya."

Imam Syafii terus pergi ke Iraq tanpa meminta izin daripada ibunya lagi. Beliau sudah maklum bahawa lbunya sudah meredhai pemergiannya untuk mencari ilmu. Kedua anak beranak itu saling doa mendoakan saja. Biarlah mereka berpisah di dunia dan dapat berjumpa kembali di akhirat. ltulah prinsip yang dipegang oleh kedua-duanya.

Menurut Riwayat, lbu Imam Syafii sebelum meninggal telah berwasiat kepada jiran-jirannya bahawa sekiranya Imam Syafii kembali dengan membawa harta kekayaan maka hendaklah disedekahkan harta tersebut kepada kaum kerabatnya yang hidup dalam kesusahan.

Imam Syafii kembali setelah beberapa tahun lbunya meninggal. Sejajar dengan wasiat ibunya dia mendermakan semua wang yang diperolehinya sewaktu dia bekerja sebelum dia memasuki kota Makkah.