Kisah Imam
Syafii Membahaskan Seratus Masalah Di Waktu Tidur
Imam Ahmad bin
Hambal sentiasa menceritakan kepada puterinya berkenaan dengan kealiman,
ketakwaan, dan ibadah seorang gurunya yang luarbiasa. Puterinya itu sangat
tertarik dan ingin melihat siapa tok guru tersebut dan hendak melihat
ketekunannya dalam beribadah. Guru Imam Ahmad bin Hambal itu namanya
Muhammad bin Idris Asy Syafi'l atau dipanggil Imam Syafii.
Suatu hari
Imam Syafii
berkenan menziarahi rumah muridnya Imam Ahmad bin Hambal dan bermalam di
rumah muridnya itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Puteri Imam Ahmad sangat
gembira sekali apabila mengetahul bahawa tok guru ayahnya mahu tidur di
rumahnya. Dia
ingin mengetahul bagaimana ibadah Imam Syafii dan kuatnya beribadah malam.
Malam pun tiba. Imam
Syafii masuk ke dalam bi Ilk yang telah disediakan. Keluarga Imam Ahmad
tidur awal dan bangun sebentar kemudian untuk beribadah malam sebagaimana
biasanya. Puteri Imam Ahmad yang ingin melihat bagaimana zikir, wind dan
solat Imam Syafii telah berjaga-jaga sepanjang malam. Dia berzikir sambil
mengintal ke bilik tidur Imam Syafii dan didapatinya Imam itu tidur sahaja.
Sang puteri berzikir lagi, sebentar kern udian Ia mengintal lagi dan
didapatinya Imam Syafii tetap tidur. Begitulah seterusnya sampal pagi puteri
Imam Ahmad tidak melihat Imam Syafii solat atau berzikir sepanjang malam
itu. Sebaliknya dia tidur berterusan sampal fajar. Hal ini bercanggah dengan
keterangan ayahnya.
Apabila menjelang pagi,
puteri Imam Ahmad itu berkata kepada ayahnya:
"Saya tahu bahawa ayah
selalu menghormati Imam Syafii dan memuji-muji ibadah dan ketaatannya.
Tetapi setelah saya tengok malam tadi beliau tidak solat malam, tidak
berzikir dan tidak berwi rid. Bahkan beliau tetap tidur saja di atas katil."
Sewaktu Imam Ahmad
bercakap-cakap dengan anaknya itu Imam Syafii bangun dan tidurnya.
Maka berkatalah Imam
Ahmad: "Bagaimanakah keadaan tuan malam tadi?"
Imam Syafii menjawab:
"Alhamdulillah, malam tadi aku memperolehi barakah yang sangat banyak
sekali."
Imam Ahmad
bertanya:"Mengapa demikian?"
Imam Syafil menjawab:
"Kerana pada malam tadi, aku dapat menyusun seratus masalah dengan
sebaik-baiknya di waktu aku berbaring di atas katil. Semua masalah yang saya
fikir dan saya susun adalah kepentingan Islam dan sangat berguna bagi semua
kaum muslimin."
Puteri Imam Ahmad hairan
mendengar keterangan itu. Dan apabila Imam Syafii pergi, Imam Ahmad berkata
kepada puterinya:"ltulah yang telah beliau kerjakan malam tadi. Padahal
beliau kelihatan berbaring di atas katil sahaja. Sebetulnya apa yang telah
beliau lakukan itu adalah lebih utama daripada yang aku lakukan iaitu solat
malam."
|