Permasalahan Tudung dan Pakaian Dalam Islam
diambil daripada forum di internet
azri-afifi.cjb.net
PERMASALAHAN TUDUNG DAN PAKAIAN DALAM ISLAM
Tarikh: 12/24/2003
Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni
neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka
menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan
wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok.
Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga
dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh
tercium dari jarak sekian dan sekian."
Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat
dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah'
yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan
sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi
dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari
keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan
lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia
adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang
dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah
Allah S.W.T. Dalam
masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi
sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang
tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau
menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama. Islam tidak pernah
mengajar manusia untuk bersikap angkuh dengan pakaian. Sebaliknya melarang
perbuatan yang demikian seperti mana yang diungkapkan oleh beberapa
ajarannya. Pemakaian tudung atau pakaian yang menutup aurat adalah
semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama Islam yang maha suci.
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita
muslimah, antara lain :
1. Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita
yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa
nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,
atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau
putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra
saudara laki-laki mereka,
atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam,
atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita,………"
Ayat ini menegaskan empat hal:
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya
menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika
perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu
berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama
terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut. Menurut
Ibnu Umar RA. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula
menurut ‘Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas)
menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud
kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. mengatakan
maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para
ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah
wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.
4. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari
khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa
kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak
cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan ujungnya diikatkan
ke belakang. Tapi ujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi
dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada
laki-laki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja
seperti suami, anak dsb.
2. Surah al-Ahzab : 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu, dan
isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk
dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).
Pengertian jilbab ialah :
a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan
dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil (sebagaimana yang dikutip Dr. Abdul
Halim) menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian
yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan
jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya
hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.
Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban
setiap wanita muslimah (mukminah) dan merupakan tanda keimanan mereka.
Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi
muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk
seumur hidup.
Hadis shahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau
syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian
yang mereka kenakan sempit, transperan (terlalu jarang) dan menampakkan
bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan ‘berpakaian
namun telanjang’. Pakaian yang transperan tidak dapat memenuhi kriteria
sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut
juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi
dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti
telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian
badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang
berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya
Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti
Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas
Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika
seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang
layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan.
(HR Abu Daud dan Baihaqi).
Hadis ini menunjukkan dua hal :
a Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam
surah An-Nur ayat 31;
Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa
mertua
mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas
terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir,
hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang
kaki dan sebagainya.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting
dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku
perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini
terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan
terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan
sebahagian
tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari
bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi
kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka
pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni
untuk mengujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi
seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah
dan keselamatan kaum wanita. Dalam jangka panjang menggugat peradaban dan
keutuhan sesebuah negara .
Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih
menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita
yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini
bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang
boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.
Dari sudut integrasi maka dasar integrasi dalam mana mana negara sekalipun
mesti mengambil kira
perkembangan kesedaran dan nilai-nilai sosial yang lebih sehat, selamat dan
murni serta jitu untuk dijadikan dasar integrasi tersebut. Untuk
mengamalkan budaya menggalakkan dialog, berfikir yang bebas, demokrasi dan
positif. Oleh itu hujah menghormati dasar integrasi dalam sesebuah negara
mungkin juga mewajibkan pakaian tersebut kepada semua wanita memandangkan
kebaikan yang boleh dicapai dari sesuatu amalan sosial yang lebih positif,
berfaedah serta waras. Amalan tersebut wajar dijadikan asas kepada dasar
integrasi nasional dalam sesebuah negara; baik sekular mahupun bukan.
Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan
objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian
yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu
dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup
aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, serba merangsang,
seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin
kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.
Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas
kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika
dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan
menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat
saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat
melihat aurat kaum wanita. Kebijaksanaan Allah dalam mewajibkan kebaikan
cukup jelas dan tidak dapat ditolak oleh akal yang melihat agama sebagai
suatu kejahatan.
petikan dari http://www.e-ulama.org
|