Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Tazkirah 6

 

Keutamaan Sepuluh Hari Terakhir Dan Malam Lailatul Qadar

 

Rasulullah seperti diriwayatkan sentiasa menggandakan amalannya pada bulan Ramadhan, namun begitu baginda akan lebih menggandakan lagi amalannya pada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan. Mengapakah Baginda bersikap sedemikian?. Jawapannya tentulah kelebihan malam Lailatul qadar...

 

Lailatul qadar merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam tiada seorangpun yang mengetahui waktu yang tepat berlakunya malam Lailatul qadar. Justeru itu mereka akan melakukan sebanyak mungkin amalan pada setiap malam terutamanya 10 malam terakhir dan mengharapkan agar mereka menemui malam Lailatul qadar.

 

Setiap orang yang beramal tanpa mengira malam Lailatul qadar akan pasti menemuinya kerana dia sentiasa melakukan amalan zikir, solat sunat dan pelbagai lagi amalan tanpa mengira waktu di bulan Ramadhan.

 

Para ulama' berselisih pendapat dalam menentukan sama ada malam Lailatul-qdr itu tetap ataupun berubah-rubah dan mereka menyatakan:

Kemungkinan adanya Lailatul qadar pada malam-malam ganjil dan sepuluh han yang terakhir dan bulan Ramadhan.