Soalan Nabi (12): "Siapa
yang mencahayakan muka engkau?"
Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir
janji."
Soalan Nabi (13): "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca
doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke
badannya tanpa dia sedari."
Soalan Nabi (14): "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta
membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak
hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba
dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada
pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan
ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah,
hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa
kenyang."
Soalan Nabi (15): "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada
Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil
air sembahyang, maka padamlah marahnya."
Soalan Nabi (16): "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba
mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi (24):"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan
dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba
duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu , hamba hiaskan mukanya dengan
jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka
terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang
bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba
hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya,
lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya
hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut
tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya).
Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara
imannya".
Soalan Nabi (25):"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb.
Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati
mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat
tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu
menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".
Soalan Nabi (39):"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika
berbuatdosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian
manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa
sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar
maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu".
"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan
kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba
dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul
itu penghibur Iblis Syaitan".
Soalan Nabi (40): "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di
atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan
sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada
terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya
: "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai
jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba
jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah
di dalamnya"
Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis) ! Demi
kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa
umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu".
Maka kata Iblis kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba
sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada
hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu,
Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka
kerana perdayaan mereka
Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi
maksiat mereka kepadaKu"
Setelah itu Rasulullah SAWpun menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang
sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.
>
(diambil dari
forwarded email)
azri-afifi.cjb.net |