Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Tazkirah 4

 

Kelebihan Bulan Ramadhan

 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ini kerana bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan Rasulnya, dan dia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanyalah Allah menfardhukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatitkannya sebagai wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;

Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan ,dan han Jumaat ke had Jumaat dan satu sembahyang ke sembahyang yang lah menjadipenebus dosa diantara keduanya, selama dijauhi dosa segala dosa besar".

 

Rasulullah juga bersabda:

'Bulan Ramadhan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk syurga".

 

Sabdanya lagi:

'Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya merdeka dan api neraka."

Justeru itu dapatlah diketahui sebilangan kecil kelebihan- kelebihan yang boieh diperolehi sekiranya kita mampu menggunakan sepenuhnya rah mat dan kebaikan yang dikurniakan Allah pada bulan ramadhan. Lantaran itu tiada seseorang pun yang diharamkan memperoleh keampunan pada bulan itu, melainkan ianya terlalu banyak memalingkan din dan Allah dan sangat gemar menentangNya. Maka sebab itulah dia dijauhkan dan diusir dan pintu Allah.

 

Ada sebuah riwayat menyebut bahawa semua pintu langit dan pintu syurga dibuka setiap bulan Ramadhan, manakala pintu-pintu neraka pula ditutup. Semua iblis dan Syaitan dirantai kemudian diseret dan dilontarkan kedalam laut supaya mereka tidak mengganggu kaum muslimin dan merosakkan puasa dan bangun malam mereka. Pada setiap malamnya pula ada suatu suara menyeru: "Siapa yang mahu kebaikan datanglah, dan siapa yang mahukan kejahatan berambuslah!~.

 

Riwayat yang lain pula menyatakan: "Siapa yang mendekatkan diri kepada Allah Ta 'ala dengan suatu sembahyang fardhu dalam bulan Ramadhan, sama diimbangi dengan tujuh puluh sembahyang pada bulan yang lain. Siapa yang mendekatkan did dengan satu sembahyang sunat pula dikira tmgkatnya sama den gan sembahyang fardhu pada lain bulan."

 

Jelaslah bahawa sembahyang su nat dalam bulan Ramadhan dikira sama tingkatnya sembahyang fardhu pada bulan yang lain.Dan sembahyang fardhu yang ditunaikan pada bulan Ramadhan pula dilipat gandakan pahalanya berbanding dengan solat Fardhu yang ditunaikan pada bulan yang biasa iaitu sebanyak tujuh puluh kali ganda.