Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 9

 

Kisah Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

 

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin AI-Ayyubi dalam perang Salib. Di bawah Panglima besar ini, beberapa bumi Islam dapat dibebaskan dan penjajahan kaum salib Kristian.

Panglima Salahuddin telah mencurahkan segala kudratnya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dljajah oleh Kristian selama 90 tahun akhirnya dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan mempertahankan negara dan serangan musuh. Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus didirikan pula rumah 'takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin. Demikian juga di Sudan, Yaman dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh panglima besar ini di mana terdapat banyak bangunan-bangunan untuk kebajikan rakyat.

 

            Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan berperang melawan tentera Salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat-Nya. Di waktu kawafatan pahiawan dan pemimpin besar ini, terjadilah sesuatu pekara yang amat menyedihkan sekali. Orang-orang besar dan kerabat diraja menyaksikan kewafatan itu sama-sama mengalirkan air mata bukan sahaja di atas pemergiannya untuk selama-lamanya, tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar ini kosong dan tiada apa-apa di dalamnya. Demikian juga dengan harta kerajaannya juga kosong. Semuanya telah digunakan untuk perang dan kesejahteraan rakyat. Sehingga untuk membeli kain kafan pembungkus jenazah sang panglima pun tiada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja pun bersepakat mengutip derma untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.

 

            Ternyata panglima besar itu sudah tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk kepentingan Islam semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.