TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA ISTERI
AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi
dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.
(Al-Baqarah : 120)
Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan
pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur
katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun
pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya :
Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada
seorang wanita). Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana
wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya
matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan
mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan” maka
dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu
Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.
Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?
Saya
seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya
bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke
arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi
pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk
menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah
kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya.
Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya
terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi
kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau
melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga
kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.
Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?
Saya
telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama
atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya
tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah
s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah
tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika
percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja,
saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang
ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa’yang
dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Harus
kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid)
sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata
mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian
yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera.
Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang
diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina
dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina
Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.
Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?
Dalam
kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak
termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil
dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah
seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya
khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang
kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan
tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya
berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat
menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau
Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat
menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita
mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga
kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan
kepercayaan kepada diri.
Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?
Dr.
Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya.
Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid
Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama
sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab
meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau
bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.
Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?
Saya
teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan
Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti
Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. “
Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan
sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”.
Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya
katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu”.
Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?
Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad..” ;ebih dari 30 tahun,
beliau adalah seorang mujahid “Penyuluh ke jalan Allah” samada dari
segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan
perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami
akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.
Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?
Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya
telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya
tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian Allah
s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya
terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan
itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah
yakin apabila mendengar radio “Suara Aqsa” pada waktu itu
berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke
atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.
Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian
saya terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah
agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. “dan Allah s.w.t sendiri
telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..”
Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan
syahadah?
Tidak
ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap saat, masa,
jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh
ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa
kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya…beliau
mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan
haknya…
Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah karamah
Dr. Rantisi?
Darah
as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau
syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu,
kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan
ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang
tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.
Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan
pejuang?
As-Syahid
merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang
bermaksud : “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi
Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan
dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada
mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan
bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam.
Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’ dengan sesiapa yang
bermuamalah dengannya.
Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?
Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan
selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama,
ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya
angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat
bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi
dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya
sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati
saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, “
Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang
dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ” kata beliau dalam keadaan
tersenyum.
Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah
terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya
beliau?
Saat
akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami.
Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun
beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak
kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan
perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira.
Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah..”Tuhanku masukkan
aku ke syurga…inilah kemuncak impianku..”
Apakah cita-cita Dr. Rantisi?
Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan
syahid..tidak ada yang lebih dari itu.
Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad
Yasin?
Saya
memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana
sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan
terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri
untuk syahid) dan Jihad.
Apa
yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu
giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar
yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama
para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
“
Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan
ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di
rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ”.
Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang
dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya
suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan
mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan
kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.
Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin
khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?
“
Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu
itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi
balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka
sedikitpun tidak dianiaya “ (al-Baqarah : 281)
Untuk
muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal
kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada
Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai
perlembagaan hidup.
Sumber
: Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
(diambil dari
forwarded email)
azri-afifi.cjb.net |