Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 10

 

Kisah Ummu Salamah Memberi Nasihat Kepada Nabi S.A.W

 

            Suatu hari Rasulullah bersama ribuan umat Islam berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Umat Islam merasa sangat gembira kerana mereka dapat mengerjakan umrah. Mereka tidak dapat ke Makkah kerana disekat oleh kaum musyrikin Makkah. Kali ini merupakan kesempatan bagi mereka untuk melepaskan kerinduan.

 

            Namun sayang, apabila Rasulullah dan umatnya hampir masuk ke Makkah kaum Musyrikin masih tidak membenarkan mereka masuk. Maka terjadilah perundingan antara Rasulullah dengan pihak Makkah yang antara isinya adalah; untuk tahun ini umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah, hanya pada tahun hadapan sahaja dibenarkan. Gelisahlah umat Islam. Di sana-sini kedengaran sungutan mereka kerana kecewa dengan perjanjian Hudaibiyah itu. Ramai di antara mereka yang menyesal kerana berjalan jauh dan Madinah namun akhirnya tidak dapat menunaikan hajat mereka.

 

            Sebagai ganti ihram, Rasulullah memerintahkan kepada kaum Muslimin agar mencukur rambut dan menyembelih korban. Tetapi umat Islam tidak ada yang melakukannya. Rasulullah mengulangi seruannya itu dan kali ini mereka masih tidak mematuhi arahan itu. Sungguh menghairankan, kerana selama ini mereka tidak pernah membantah perintah Rasulullah s.a.w, dan mematuhinya

dengan segera.

 

            Kali ini Baginda Rasulullah s.a.w merasa kesal kerana arahannya tidak dipatuhi. Baginda pun masuk ke dalam khemah Ummu Salamah dan menceritakan perihal umat Islam dengan penuh rasa kesal kepada Ummu Salamah. Ummu Salamh seorang yang bijak dan berpandangan jauh. Dia menyedari akan perasaan kaum muslimin yang kecewa dengan kegagalan tersebut (Perjanjian Hudaibiyah), mereka tidak mengeriakan apa yang Rasulullah bukan kerana membangkangnya, lalu dia pun berfikir cara untuk membuat umat Islam patuh kepada arahan Rasulullah.

 

            Selepas seketika dia berkata kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, sukakah engkau mengerjakan hal itu? Hendaklah engkau keluar dan jangan berkata sepatah kata pun kepada mereka, sehingga engkau menyembelih untamu dan engkau panggil tukang cukur untuk mencukur rambutmu".

 

            Rasululullah sangat gembira mendengar nasihat Ummu Salamah itu. Bagindapun segera keluar dan khemahnya dan terus membawa korban dan menyembelihnya. Setelah itu baginda memanggil Khirasi bin Umaiah bin Fadal AI-Khuza'i untuk mencukur rambutnya. Sebaik kaum Muslimin menyaksikan apa yang Nabinya buat, merekapun dengan segera keluar dan khemah mereka dan mengerjakan apa yang Nabi kerjakan.