Belajar ICT

 

 

 

Tukar Display dan Colors Monitor

  • Minimize semua tetingkap yang sedang dibuka. Sebaik-baiknya menutup kesemua tetingkap/program yang berjalan.

  • Klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian pada desktop (latarbelakang komputer). Klik pada pilihan Properties.

  • Pada tab bahagian atas, klik pada Settings.

  • Pada bahagian Screen Area, gerakkan skrol mengikut pilihan untuk mengubah saiz view.

  • Untuk mengubah warna paparan, klik pada bahagian Colors di sebelah kiri-bawah.

  • Perhatian : Untuk monitor bersaiz sederhana (15") display 800 X 600 adalah disyorkan kerana jika anda menggunakan display 1024 X 768 untuk 15", komputer menghadapi kesukaran untuk menghasilkan jumlah dot yang banyak dan padat.

Tukar Wallpaper

  • Minimize semua tetingkap yang sedang dibuka. Sebaik-baiknya menutup kesemua tetingkap/program yang berjalan.

  • Klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian pada desktop (latarbelakang komputer). Klik pada pilihan Properties.

  • Pada tab bahagian atas, klik pada Background.

  • Pada bahagian Wallpaper, pilih wallpaper yang disukai dan klik Apply, OK

  • Pilihan : Cuba ubah pilihan Display pada bahagian bawah-kanan. Anda boleh juga memasukkan gambar lain dengan mengklik butang Browse dan pilih gambar dan tekan OK.

Tukar Screen Saver

  • Minimize semua tetingkap yang sedang dibuka. Sebaik-baiknya menutup kesemua tetingkap/program yang berjalan.

  • Klik butang kanan tetikus pada mana-mana bahagian pada desktop (latarbelakang komputer). Klik pada pilihan Properties.

  • Pada tab bahagian atas, klik pada Screen Saver.

  • Pada bahagian Screen Saver, pilih screen saver yang disukai dan klik Apply, OK.

Membina folder baru dalam my komputer (Drive C dan lain-lain)

  • Pada mana-mana folder yang ingin dibuat folder baru, klik butang kanan sekali.

  • Klik pada New.

  • Klik pada Folder.

  • Namakan folder dan tekan Enter.

Cara 'Show all files' dalam my komputer

  • Buka My Komputer

  • Pada menu di bahagian atas,

Mengenali Komponen komputer

Menukar tarikh dan masa

Mengosongkan menu 'Document' pada Start Button.

Ciri-ciri Taskbar

Penggunaan menu 'Run'

 

 

 

| Kembali | Muka Depan |