Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang
diperkenalkan oleh EL Thomas dan
Ha Rabinson dalam buku
mereka yang bertajuk "Improving Reading In
Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi
tunjang sistem ini. |
(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk
Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar
melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat
tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau
isi penting dalam keseluruhan bab. |
(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh
membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh
mengingati sesuatu dengan lebih jelas. |
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih
bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka
topik. |
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu
Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu
mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang
difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang
telah anda catatkan. |
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan
mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua
cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas
tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan
bantuan rakan. |
Bahan
ini diterjemah dari: Improving Reading In Every Class Ditulis
oleh: El Thomas dan Ha
Rabinson |
Rahsia Kejayaan |
- Doa dan Niat
- Aturkan Sasaran, Cita-cita dan
Matlamat
- Rancangan atau Pelan Tindakan
- Taat, Yakin dan Cintai Ilmu
- Usaha yang Berkekalan
|
Teknik Belajar Berkesan |
Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran
mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi
kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran
mereka. |
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu
pelajar-pelajar sebagai panduan.
-
Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
-
Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak
menerima tabiat belajar.
-
Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap
maksimum.
-
Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli
keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
-
Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.
-
Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat
belajar.
-
Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
-
Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus
peperiksaan.
|
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
-
Tidak mempunyai
jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk
belajar.
-
Tidak suka
mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat
akhir peperiksaan.
-
Mengganggap TV
dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
-
Belajar
semata-mata untuk peperiksaan.
|
Bahan ini diterjemah dari :- Learning Skill Center The
University of Texas at Austin (Study Tips)
|
Terima kasih kepada myschoolnet
dengan tip belajarnya.
Download teknik belajar
1. Klik sekali link di atas.
2. Ambil pilihan 'save this file to disk'
apabila satu dialog keluar.
3. Namakan fail dan tekan Ok. |