Kisah mengenai seorang Cina
Kisah ini adalah mengenai seorang yang berbangsa
Cina. Beliau adalah seorang yang sangat pandai meneka sesuatu yang berada di
dalam genggaman tangan orang lain. Seumur hidupnya, beliau tidak pernah
tersasar dalam tekaannya.
Maka, terdengar oleh seorang alim tentang
kehebatan orang Cina tersebut. Beliau pun pergi menemui orang Cina tersebut.
Maka, sebaik sahaja beliau berjumpa dengan orang Cina tersebut, beliau
bertanya, "Apakah rahsianya sehingga kesemua tekaan kamu benar?". Orang Cina
itu menjawab, "Aku melawan nafsuku.". Setelah orang alim itu mengetahui
mengenai rahsia kehebatan orang Cina tersebut, beliau segera mengajak orang
tersebut memeluk Islam. Orang Cina itu tidak mahu memeluk Islam dan tetap
dengan agamanya. Dan dengan secepat kilat orang alim tersebut menangkap
sesuatu dan menyembunyikan di dalam tangannya dan beliau berkata, "Apakah
kamu mengetahui benda yang tersimpan dalam genggaman tanganku?". Orang Cina
tersebut terkejut kerana beliau tidak dapat menjawab soalan tersebut. Maka
orang alim itu memberitahu bahawa, "Kamu telah menurut nafsumu. Maka, kamu
tidak dapat menjawab soalanku.".
Setelah orang Cina itu mendengar sedikit
sebanyak penerangan yang diberikan oleh orang alim tersebut, maka beliau pun
memeluk agama Islam. |