BULAN SYAABAN
Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat arab pada zaman dahulu
akan berserak-serak mencari air di dalam bulan ini kerana pada bulan ini
daerah mereka akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air. Pada
bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Alalh akan menurunkan rahmatNya
pada hamba-hambaNya dengan membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan
diangkat
pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana
sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.?
(Hadis HR. Bukhari)
KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-
1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban
akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan
Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan
tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas
nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati
rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan
dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur,
ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.
AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN
SYAABAN
1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat Isyak ataupun bersama
solat sunat Qiamullail. (15hb Syaaban)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan berzikir serta bertasbih
sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang tidak bernasib baik
bagi memberi mereka kekuatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal bulan Syaaban.
Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan
solat, Ya Allah kami,
perkenankan doaku.
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu?
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan
dirirkanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya
mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat
yang lain.) Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.
(diambil dari forwarded email)
azri-afifi.cjb.net |