Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya

Artikel


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Kisah Tauladan 12

 

Rahsia Seorang Doktor Amerika Memeluk Islam

 

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang

tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat

tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

 

            Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.

            Dia seorang doktor neurologi amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui AI-Quran". Kajian perubatan melalui Al­Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam AI-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, bijirin hitam (blackseed) dan sebagainya.

            Apabila ditanya bagaimana dia tertarik memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

            Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Barangsiapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini.

            Kesimpulannya, makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

            Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala sosial masyarakat pada masa kini. Dan itu marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya berdikit-dikit.