Penghinaan Kepada Orang Yang
Meninggalkan Solat
diambil daripada forum di internet
azri-afifi.cjb.net
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan....dll
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan
malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan
solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A.S.
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah
berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau
aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.
" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi
Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah
buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa,
brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si
lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah
Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa
menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan
minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan
lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg
meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati,
menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg
jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru
air bumbung rumah, belum air tangan lagi..
Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,
nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan
nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..
tak gamakkan? tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!!
teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak
solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu
liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya
amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui
Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk
umat Islam) ,
"As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali
kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu."
jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana
amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...
|