Rahsia Solat
diambil daripada forum di internet
azri-afifi.cjb.net
KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU.
Ali
bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para
sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
orang-orang Yahudi lalu berkata :" Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada
kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada
Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah
atau malaikat muqarrab."
Lalu
Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya."
Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu wajibkan
oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda
Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya. Sembahyang Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah
saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada
Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu
ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang
Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. mereka
berkata: "Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan
diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."
Sabda
Rasullullah S.A.W. lagi:"Manakala sembahyang Asar, adalah saat dimana Nabi
Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar
akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.,
sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat
Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang
Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
Sabda Rasullullah S.A.W.:"Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu
adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin
yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya'
berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan
diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.
Sabda
Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang
mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh
Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka
2. Dibebaskan dari nifaq. (munafik)
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka
mereka berkata:"Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).
Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa
30 hari ke atas umatmu?"
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari.
Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar
selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia
Allah S.W.T. kepada makhlukNya.
Kata
orang Yahudi: "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.
Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7
perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untukmenyeberang
titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."
Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada
kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi."
Sabda
Rasullullah S.A.W.: "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk
membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).
Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami
mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami
percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah danengkau utusan Allah)."
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira
kepada orang2 yang sabar."
(Al-Baqarah)
|