Menu

 Muka Depan

Perisian

Teknik Belajar

Belajar ICT

Nota Ilmiah

Sambungan

Hantar Mesej

Tanya Guru

Hiburan

Kenali Diri Saya


Capaian

 

ASMKAWA Online

LAWdotEDU

Harvest Moon HQ

SMKAWA Online



 

Tazkirah 5

 

Tertib Puasa

 

Setiap orang yang berpuasa mempunyai tertib yang perlu dipatuhinya. Di antara tertib yang sering kita dengar ialah memelihara Iidah supaya tidak berdusta, mencampuri urusan orang lain, mencaci orang, mengekang mata dan telinga dan mendengar dan melihat perkara yang tidak halal, dan tiada kena mengena dengan dirinya.

 

Di samping itu kita juga perlu menahan perut dan menelan benda yang haram atau yang syubahat terutama sekali ketika berbuka puasa, di mana wajib ianya mencari yang halal untuk makanan berbuka puasanya.

 

Umat Islam yang berpuasa juga perlu manahan din dan melakukan dosa yang boleh merosakkan puasa mereka, dalam ertikata lain perkara-perkara seperti mengumpat, mencaci, membazir dan pelbagai lagi perkara maksiat perlu dihindarkan ketika berpuasa. Namun mi bukanlah tiket yang membenarkan seseorang melakukan maksiat di waktu dia tidak berpuasa. Perkara mi perlu ditekankan kerana acapkali terjadi seseorang itu hanya memperolehi lapar dan dahaga dan tidak dapat pahala berpuasa akibat dan kedegilannya meninggalkan perkara-perkara maksiat yang sudah menjadi darah dagingnya.

 

Sabda Rasulullahs.a.w

"Betapa banyak orang yang berpuasa , tiada mendapat sesuatu daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga".

 

Sesungguhnya meninggalkan maksiat itu wajib buat selamanya samada bagi orang yang berpuasa ataupun tidak, cuma kepada orang yang berpuasa perlu ditekankan lagi kerana kepadanya sangat dituntut dan dikuatkan.

 

Sabda Rasulullah s.a.w

"Puasa itu adalah pendinding, maka apabila seseorang kamu menempuh had puasanya, hendaklah ia tidak bercakap kotor, tidak bedakujahat dan tiada menjahill sesuatu hukum;ftka orang mencercanya atau mengajaknya berkelah4 hendaklah ia mengatakan: Sesungguhnya aku mi sedang berpuasa."

 

Di antara tatatertib puasa yang lain ialah mengurangkan tidur siang dan terlalu banyak makan di waktu malam. Ini bertujuan untuk mendidik jiwa dan mengurangkan syahwat. Seterusnya hendaklah ia meninggalkan kemewahan dan hidup dalam kesederhanaan dalam erti kata lain hendaklah ia berjimat dan tidak membazir dalam bulan Ramadhan. mi boleh kita dilihat sesetengah orang gemar membazir terutamanya ketika berbuka puasa, justeru itu hendaklah perkara mi dihindarkan bagi mengelakkan kita terlalu kenyang ketika berbuka puasa. Sesungguhnya Nabi pernah bersabda:

'7idak ada suatu bekas yang dipenuhkan oleh anak Adam lebih buruk dad perutnya.~emadailah bagi anak Adam itu beberapa suap untuk menyambung hidup~ya. Jika mi tidak mencukupi, maka hendaklah sepertiga untuk makannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga lagi untuk pernalasannya".